Easy Solution
Bina website, blog, atau AR/VR dengan mudah dalam satu platform.
Senang untuk edit
Drag-and-Drop
Tak perlu koding
Dengan pembina drag-and-drop yang intuitif, membuat laman web yang menakjubkan menjadi semudah sentuhan kreativiti.
Tak kira sama ada anda seorang pereka berpengalaman atau seorang pemula, platform kami memberi kuasa untuk membentuk jejak digital anda dengan mudah.
Selami lebih dalam, dan anda akan menemui dunia tanpa batasan.
Integrasikan blog ke dalam website anda dengan senang, berkongsi cerita dan idea anda dengan dunia.
Manfaatkan kuasa realiti maya VR dan realiti imbuhan AR dengan editor low-code terkini kami, melampaui sempadan dunia digital.
Platform kami direka untuk memperkasa individu dan perniagaan tanpa mengira tahap kemahiran teknikal mereka.
Dari menghasilkan laman web yang menarik hingga pengalaman metaverse yang imersif, kami menyediakan alat, dan anda hanya perlu fokus untuk merealisasikan visi anda.
Reka laman web "webpage" dengan visual menakjubkan menggunakan pembina "Drag & Drop" kami.
Jadikan imaginasi anda kenyataan dengan buana web "webverse" 3D/AR/VR yang interaktif.
Urus konten anda dengan sistem blog yang mesra pengguna. Tidak perlu pening kepala nak guna.
Percepatkan penciptaan konten anda dengan bantuan teknologi kercerdasan buatan "AI".
Cipta laman web "website" impian anda dengan antara muka "drag & drop" yang mudah. Tiada kemahiran koding/programming diperlukan â serlahkan kreativiti anda dan buat idea anda menjadi kenyataan.
Edit laman web "website" anda dengan mudah. Dari jenis huruf dan warna hingga susunan dan imej, sesuaikan setiap elemen untuk mencerminkan gaya dan jenama unik anda. Bebas mengekspresikan identiti - khas untuk memenuhi keperluan & kehendak anda.
Laman web "website" anda akan kelihatan menakjubkan pada mana-mana peranti. Reka bentuk responsif kami memastikan bahawa kandungan anda bersinar sama ada dilihat pada desktop, tablet, atau telefon pintar.
SenangWebs merupakan plaform membina website yang dibangunkan 100% dengan kemahiran anak jati Malaysia.
Anda mengharapkan ada cara yang lebih mudah dan cepat untuk realisasikan idea anda sambil mengekalkan kawalan penuh "full control" pada kod anda?
Banyak usahawan, pereka "designer", dan pembangun "developer" menghadapi hal ini setiap hari, membataskan keupayaan mereka untuk buat laman web "website" yang menakjubkan dengan efisien.
Anda tidak sendiri. Pembangunan web merupakan proses yang memenatkan dan memakan masa.
Ramai pembangun "developer" seperti anda menghadapi cabaran mengatur pelbagai pilihan teknologi, nak pakai WordPress? Laravel? Next.js? pada masa yang sama mengekalkan konsistensi dalam reka bentuk serta fungsi & menghabiskan berjam-jam cuba menyempurnakan pengalaman pengguna.
Lebih pantas kerana terdiri daripada fail statik yang tidak memerlukan pemprosesan sisi pelayan atau perhubungan pangkalan data yang intensif.
Lebih mampan dan stabil berbanding laman web dinamik yang bergantung pada pemprosesan di sisi pelayan dan pangkalan data.
Secara umumnya lebih selamat dengan sedikit titik kelemahan, menjadikannya lebih sukar untuk mengeksploitasi potensi kelemahan keselamatan.
SenangWebs sesuai untuk sesiapa yang ingin menyelaraskan proses pembangunan web mereka, dari usahawan solo dan perniagaan kecil hingga agensi dan pasukan enterprise. Sama ada anda sedang membina portfolio peribadi atau laman web "website" korporat, SenangWebs dapat membantu anda.
Tiada pengalaman atau kemahiran "programming"? Jangan risau! SenangWebs direka khas untuk memudahkan pengguna tanpa latar belakang teknikal yang mendalam. Antara muka kami yang mesra pengguna membolehkan anda membina laman web "website" dengan mudah, sambil menawarkan fungsi "drag & drop" yang intuitif. Terdapat juga perlbagai pilihan "template" untuk dipilih.
SenangWebs unik dengan integrasi teknologi seperti TailwindCSS, AlpineJS, Aframe dan SenangStart. Platform kami menggabungkan kekuatan pembangunan kod rendah "low-code" dengan fleksibiliti komponen yang boleh diedit, membolehkan anda membina laman web "website" unik yang tinggi prestasi yang mencerminkan identiti jenama anda.
Tentu boleh! Daftar sekarang untuk percubaan percuma "free trial" hari ini dan nikmati kemampuan SenangWebs secara langsung. Terokai koleksi templat reka bentuk & eksperimen dengan "editor drag & drop" kami, dan lihat betapa mudahnya untuk mereka laman web "website" anda. Kad kredit tidak diperlukan.
Membuat laman web "website" tidak pernah semudah ini! Daftar untuk SenangWebs hari ini dan mulakan perjalanan untuk membina jenama yang menakjubkan. Sama ada anda seorang blogger, pemilik perniagaan, atau artis yang bercita-cita tinggi, SenangWebs adalah teman yang sempurna untuk merealisasikan idea anda.
Daftar Sekarang!Platform Untuk Buat Website, Metaverse & Blogging